Category Archives: Uncategorized

perghhh lama gila tak bukak blog ni sampai wordpress suruh tukar password tuu wahah. takpe memandangkan lama sgt tak update blog ni saya nak taip sikit entry kali yg hampit bertahun2 tak hapdate! 

 
alhamdulliah setelah sekian lama menyepi ni mcm2 perkara dah berlaku sepanjang tahun2 sudah. dulu bujang skrg dan kawin siap anak satu dah haha masa berlalu sgt pantas tu . byk perkara yg lepas berlaku dgn sepantas kilat sampai dah lupa dah saat2 sedih kejatuhan perniagaan yg berlaku pada tahun 2010 dan semua telah diubati dgn perkara yg terindah dlm hidup iaitu elly dan mikail  dlm hidup ni.. thanks allah kerana mengurniakan dua org paling berharga dlm hidup ni. 
 
ya allah terima kasih yg tidak terhingga kerana menemukan rakan2 niaga baru yg terdiri kawan2 isteri saya terutama skali mr nasreeq 🙂 thanks sbb bg support yg tidak berbelah bagi kat saya .. thanks again bro and thanks guys 🙂 
 
201O adalah tahun yg paling perit buat aku , korang bayangkan dari HERO to ZERO memang tak disangka2 dugaan sebegini allah bg kat aku .. tp bila fikir2 balek allah nak ajar kita sesuatu dlm hidup , mujur lah allah duga mcmni kalu tak memang menyimpang jauh dah kat jalan Nya .. 
 
dugaan itu allah memang bagi pada mereka2 yg mencapai sesuatu kejayaan dlm hidup , yang pasti allah menduga kita pada tahap kemampuan kita . jangan mengeluh akan dugaan ini insyallah jika kita berjaya melepasinya pasti akan pelangi indah yg muncul . just percaya pada rezeki allah kerna rezeki allah itu luas 
 

perghhh lama gila tak bukak blog ni sampai

Advertisements
Tagged , , ,

Moqh & Iezah -Gombak

Tahniah Buat sahabatku yg telah melangsung perkahwinan nya. sorry moqh aku lambat load entry ni kat sini. dan sorry sgt2 tak dpt dtg kat uia dan kat johor. dpt tgk dlm gambar je . paling jeles kwn2 lain semua pegi . tp saya tak dpt dtg. sorry again yek. Moqh ni rakan sekerja aku dulu kat candidsyndrome, masa aku masuk situ dia memang dah lama ada je. aku budak baru masa tuh. huhu. nak kena buli pon tak nak kena ranging pon tak. tp sekepala plak. anyway thanks moqh sbb ada byk ajar aku pasal photography. dari aku sengal2 ubi pasal gambo. hehe ni aku tak letak byk gambar hang ni. aku letak dua gambar yg sompek den edit edut untuk ko 🙂

null

null

Shafiq Akmal aka Sapex
Ministry Of Moment
+60123100879
ministryofmoment@gmail.com
http://www.ministryofmoment.com

Erny & Rafiq – Danau Kota –

kebelakangan ni memang agak sibuk dgn persiapan pembukaan m.o.m , thanks kepada ahli2 m.o.m yg bertungkus lumus dgn persiapan ni. planning untuk m.o.m setakat ni berjalan dgn lancar alhamdullilah cuma ada skit2 la benda kecik2 nak kena settel. so takpe ah pelan2 setel kan benda ni yek.

Yeah, dah lama sgt tak load ni. berkarat2 nampak blog ni. takpa hari ni saya nak cuci skit blog ni ngan gmbr2 yg dah fully edit dari ministry of moment. lepak2 sambil tgk makan kepok leko k. 🙂

Gooodeh!
Shafiq Akmal aka Sapex
Ministry Of Moment
+60123100879
ministryofmoment@gmail.com
http://www.ministryofmoment.com

WE ARE BACK!

PROMOTION

Ministry Of Moment
By Shafiq Akmal
Contact : +60123100879
Email : shafiqakmal@gmail.com
Storage Picture : http://www.flickr.com/photos/sapexoxo

Ministry Of Moment International | Promote Your Page Too
Ministry Of Moment International

Kenangan terindah

Alhamdulillah, dpt gak aku beli scanner. memang dah lama mengidam scanner ni. asyik dok pinjam2 dan hantar2 kedai jek. memang tak best aah. skit2 kuar duit. huhuh beli terus puas hati aku. yg aku mengidamkan sgt sbb aku nak scan gambar2 tok kadok dulu. asyik cerita pakai mulut jek .memang tak syiok la kan, kali ni aku tunjuk skit gambar2 lama aku. sebenarnya byk agi. kebykan nya di camera sony aku mula2 .hdd tuh dah jahanam sbb lama sgt tak bukak hangin aku. mana yg ada aku tayang kan dulu kat korang .
null
masa ni dah jadi senior skolah. 5a6 dan ada skolah buat penukaran murid jepon ke malaysia dan murid malaysia ke jepun. so dpt la sorang awek jepon ni nama dia Oreo masuk dlm kelas aku. sempat gak bergambar . nasib aku tak lebih2 ayat, kalu tak bermustautin aku kat jepun muauhah!

null
hahah aku ngan hapiz jawe. rakan seperjuangan aku dari dulu sampai skrg ni. masa ni bermulalah kerja di industry FMB. memang penat gila. masa ni aku kat Kutub utara , belajar tahan sejuk untuk kira stok ayam kat korum!. ahahha

null
ini antara sukan dan posisi yg paling aku suka. goal keeper . siapa2 ada rasa nak import aku jadi keeper aku dah tak leh nak accept dah selepas kecederaan di siku yg amat kritikal. Time Final antara team tahfiz ngan team maju jaya ( ini geng2 taman fight ni). waktu ni masih muda remaja lagi form 4 . memang waktuh ni gian nak jadi fabian barthez 😛 satu set hitam adidas. hahaha tak leh blah
null
ini aku punya club kembara (Karma Team) kat pudu raya, menanti bus ke tangkak dan seterusnya bertolak ke gunung ledang.masa ni memang sgt suka masuk hutan haha.
null
Ni suasana di dlm hostel aku. memang bilik aku jadi port tempat lepak,masak belajar dan bengkel .memang siot tol. aku redha jek. time ni aku amek kos System kumputer Tahap3. aku pakai MLVK sijik je nak hidop. org lain ada sijil. nak buat camner kalu aku tak korban diploma aku dulu takde la 3org adik aku masuk universiti. alhamdullilah:)

Gambar2 ni akan bersambung ada lagi byk keping lagi cuma aku nak load gak kat sini walaupon keadaan agak rushing hari ni. ok sabar tau.

To be Continue …

Piweeeeeeet!

Korang penah dgr tak org sebut piwetttttt kat atas stage ? Yes itula dia Amy search . ape kena mengena amy search ngan cita kali ni. sebenarnya memang ada tersangkut paut lah. Tp takpe aku nak cita skit pasal Kwn aku dah kwin dah ni. selamat pengantin baru Razak latif Femes & Marlia semoga bahagia selalu dan dikurnia kan anak sedozen 😛 . kalu korang tak kenal razak ni rugi la yek. dia ni sorang photographer kosmo , dan marlia ni plak reporter bahagian hiburan kat kosmo. so jodoh dah kat kosmo sampai dia punya jemputan kad pon dah mcm muka depan kosmo. hueheuh sgt sgt kreatif. Firstime date ngan razak ni masa tahun 2006 , masa tuh baru lepas setahun aku main camera. masa tu terkial2 lagi la jugak, dah la takde kwn masa tuh. Perjumpaan pertama kat TT candidsyndrome . masa tuh aku main redah je dtg dgn harapan nak belajar. masa tuh la aku kenal adi, moqh, udey deminsihatibatu,saifulnang,ted adnan,syahir ismail dan ramai lagi la. tak juga si razak latif. dia betoi2 dok depan aku. tak sangka aku dpt amek gambar wedding hang ni . yelah org power ni 😉 . yg paling best skali kat event ni ialah masa part malam . kami beramai2 mendapat jemputan dari artis power ni untuk dtg kat konsert dia kat JB. aku pon dlm kepala kata ” dpt ajak ngan marlia naik stage pakai baju pengantin best ni ” alhamdullilah termakbul gak impian aku. benda paling best dlm hidup aku dpt tgk client aku naik stage ngan Amy Search nyanyi lagi Fantasia Bulan Madu. GILA BEST DOHHHH!!!!. Thanks buat Arief Ahmad dan Azrul(The Photographer)yg backup team pada event ni. gooooooodehh !! apa2 pon aku nak load skit gambar hang buat lepas steam ko. VASS!!

null

null
null
null
null
null
null
null
null
null
null
More Pictures Click Here

Ministry Of Moment
Shafiq Akmal Shah Bagar Aka Sapex
Tel : +6012-3100879
Email: Shafiqakmal@gmail.com
YM: Spangkey_boy